Website RKK-01

 

NOTA KULIAH KITAB RAHSIA DAN HARI KIAMAT BID’AH KEMATIAN (RKK 58)

Apabila berlaku kematian, kita diajar untuk berlapang dada. Kita kena kembali pada Allah. Bagaimana kita kembali pada Allah. Ucaplah innalillahi wainna ilaihi rajiun

Antara Bid’ah dan dilarang
1. Pasang lampu untuk menjadi terang.
2. Memperingati hari ke 3, ke 7, ke 40 adalah dilarang dalam Islam
3. Buat Jamuan makan/tahlil mengikut hari. Jika ingin buat tahlil, jangan tentukan hari
4. Jangan upah orang untuk datang buat tahlil.
5. Sebaiknya keluarga mendoakan untuk si mati.

Adab dan Akhlak orang yang hidup kepada orang yang meninggal dunia :
1) Minta Allah ampun kan si mati
2) Cepat uruskan jenazah. Pertama tutup mata jenazah. Dan dalam masa yang sama bercakap perkara yang baik. Jika ada orang yang si mati tidak suka, maka keluarga jangan izinkan datang menziarahi jenazah
3) Jangan lambat memandikan jenazah
4) Kapankan dengan kain kapan yang terbaik.
5) Di solatkan oleh 40 orang soleh
6) Memilih tempat yang baik untuk di kebumikan jenazah.
7) Ziarah kubur orang yang meninggal dunia

PENCERAMAH : ABD RANI

TAJUK  : BID’AH KEMATIAN (RKK 58)

Kuliah Dhuha Kitab RAHSIA KEMATIAN ALAM AKHIRAT & KIAMAT (RKK) Oleh Ustaz Ahmad Dusuki Dijalankan Setiap Jumaat Jam 10.30 pagi Di Masjid Al-Falah, USJ 9 Yang DiRakam Oleh . Rakaman minggu ini , Fatehteam akan terbitkan dalam bentuk CD pada Minggu hadapan.

Bagi yang ingin mengikuti pengajian berkitab Kitab Rahsia Kematian Alam Akhirat Dan Kiamat (RKK) dari awal kuliah hingga terkini boleh belajar dan ulangkaji menerusi CD Kuliah yang dirakam oleh Fatehteam.

Bagi yang sedang bekerja, tetapi ingin belajar Kitab ini, anda boleh ikuti kuliah melalui CD Kuliah yang Fatehteam terbitkan dengan Misi, 1 hari 1 kuliah. Anda boleh mendengar kuliah sewaktu pergi dan pulang dari kerja.

Manakala bagi mereka yang berada luar dari Selangor boleh mengikuti pengajian ini juga. Kuliah ini kami rakam secara konsisten sepanjang tempoh lebih 3 tahun. Dan kami silibuskan mengikut tajuk dan kod agar ia mudah di pelajari dan di fahami.

SENARAI TAJUK KULIAH KITAB RAHSIA KEMATIAN ALAM AKHIRAT & KIAMAT Yang di ajar oleh  Ustaz Ahmad Dusuki Di Sini : https://goo.gl/K12RLf

Sila Klik Gambar Ini : 

 

 
%d bloggers like this: