Assalamua’laikumwarahmatullah..

Insyaallah, mudah-mudahan sebagai jalan ikhtiar, mari kita buat air penawar sendiri, untuk apa jua niat yang baik-baik, khususnya untuk kesihatan/ kecerdasan mental, fizikal, emosi dan kesucian diri zahir dan batin.

Bagaimana cara untuk buat air penawar untuk diri sendiri dan anak-anak?

Amalan ini ustazah rujuk dalam kitab ‘Dua’ al-solihin’ ( doa orang-orang soleh), karangan Syeikh Abi al-Fida’ Muhammad ‘Izzat A’rief, dekan pusat pengajian arab untuk perubatan cara Nabi dan herba Asia Barat.

Alhamdulillah, dengan niat yang suci, keyakinan kita kepada Allah dan berkat ayat-ayat al-Quran, mudah-mudahan sangat mustajab.

Caranya: Baca ayat-ayat ini dan hembuskan pada air minuman yang bersih.

  1. Surah al-Fatihah : 17 X
  2. Ayat Kursiy : 17 X
  3. Surah al-Ikhlas : 17 X
  4. Surah al-Hasyru, ayat 21-24 : 17 X

Sebaiknya air penawar ini kita minum 3 hari berturut-turut tanpa minum air jenis lain. Insyaalah, kita berusaha, Allah jua yang Memustajabkan. Kadang-kadang ustazah doa dulu sebelum bagi anak-anak minum:

” Ya Allah…aku ibu yang lemah, banyak khilaf dan salah. Aku mohon keampunanMu ya Allah, atas setiap rezeki yang telah ku suap ke dalam mulut anak-anakku hingga menjadi darah daging mereka. Barangkali, ada yang tidak jelas ( syubhah), ada yang kotor, ada yang tidak berkhasiat untuk tubuh badan dan akal fikiran mereka. Ampunkan aku Ya Allah, aku bermohon agar Engkau sucikan tubuh badan mereka dari segala yang memberi mudarat, berikan mereka kesihatan yang terbaik, kecerdasan dan kefahaman dalam segala urusan agama, kekuatan hafazan dan segala yang terbaik untuk mereka.”

Sama-sama ya , kita doa agar anak-anak kita menjadi hamba Allah yang soleh, tidak tertimpa musibah pada agama mereka.

Wallahua’lam.

Oleh : Ustazah Norhafizah Musa

Klik Gambar Di Bawah Untuk Dapatkan CD Mahligai Cinta Oleh Ustazah Norhafizah Musa.  : 

👇


%d bloggers like this: