Monthly Archives: January 2019

Pesan pada hati, agar sentiasa memulakan hari dengan bersyukur. Sesungguhnya, syukur itu mengusir kegelisahan, menghilangkan sangka buruk, melebur takbur, meredakan marah dan menjauhkan hasad. Alhamdulillah itu bukan hanya penyudah…tetapi juga satu muqadimah. Orang bersyukur bicaranya lunak, bahasanya lembut dan banyak tersenyum. Syukur itulah yang menjemput rezeki, ketenangan dan keberkatan dalam hidup! Syukur menjadikan kita bahagia. Bahagia itu pastinya […]

Harga diri pastinya jauh lebih mahal dari harga sebutir intan berlian. Ini kerana Allah telah memasukkan pada diri kita “perhiasan” berbentuk hati dan perasaan. Maka dengannya kita mampu merasa dan memilih baik dan buruk, iman atau kufur. Sudahkah anda memilihnya di hari ini? JANGAN MERASA DIRI BAIK Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun […]

Apabila kita mengalami kesusahan, ibu bapa kitalah orang pertama yang kita cari. Jika kita berada dalam kesedihan, ibu bapa jugalah yang akan dicari. Begitulah istimewanya hubungan anak dan ibu bapa dalam ikatan semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Segala jasa dan pengorbanan yang ibu bapa curahkan sejak kita kecil sehingga besar adalah tidak ternilai. Malah, […]

Biarpun manusia sifatnya pelupa dan berlebih kurang. Namun, naluri kecil kemanusiaan pasti ada. Buat baik dibalas baik. Maka apatah lagi Allah yang bersifat Maha Sempurna. Allah pastinya tidak pernah lupa membalas atas setiap baik dan buruk dari perlakuan hambanya. Cuba tunjukkan dimana ruginya kita berbuat baik kepada sesama manusia? Orang yang benar imannya, mencintai apa […]

Duhai hati, apa khabar iman? Antara tanda hati yang hidup ialah hati yang dikurniakan cinta dan rindu kepada Allah s.w.t. Merasa kemanisan iman dalam ibadah. Manakala tanda hati mati apabila melakukan maksiat, langsung tidak rasa bersalah dan sedih. Bahkan berasa bangga. Tanyakan pada diri sama ada hati kita sedang hidup atau mati? Ayuh kita sama-sama […]

  • 1
  • 2