1Slide thumbnail
1Slide thumbnail
1Slide thumbnail

POST TERKINI

Selamat menghadapi peperiksaan buat Adik-adik. Kami ingin Kongsikan 11 tips untuk membantu adik-adik  dalam peperiksaan : 1. Datang awal dengan persediaan yang rapi. Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan. 2. Tenang , […]

Ini adalah doa yang anda boleh baca untuk membantu anak anak anda yang sedang belajar dan akan menghadapi peperiksaan. Bantu anak kita untuk jadi pelajar cemerlang yang berjaya dunia dan akhirat. DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan […]

Saat si isteri terasa ingin marah pada suami, ingin sahaja keluar bermacam-macam perkataan yang paling menyakitkan hati dari lidah ini. Tapi para isteri bersabar,berdiam diri dan menahan kemarahan. Sehingga mereka solat,zikir, berdoa dan mengadu pada Allah. Sesungguhnya saat itu masih ada taqwa di hati seorang isteri.  Itulah “TAQWA SEORANG ISTERI” Sesungguhnya Allah menerima amalan orang-orang […]


Artikel


5 KULIAH TOP RANKING RAKAMAN FATEHTEAM

Karangan Kitab-kitab Yang Hebat Di Kupas Oleh Penceramah Dengan Cara Yang Mudah Difahami Dan Menarik Menjadikan Kitab-kitab ini Semakin Di Minati Oleh Umat Islam Khususnya Di Malaysia.

  1. Kuliah Kitab Induk Pensucian Diri

    Induk Pensucian Diri

    (Al-mustakhlas fi Tazkiatin nafsi)

    Said Hawwa

    Penterjemah: Syed Ahmad Semait

    Penulis membicarakan perihal tazkiyatun-nafsi, atau pensucian diri dan semua selok-belok ilmu tasawuf, atau ilmu yang menunjukkan cara-cara mensucikan kebatinan seseorang manusia dalam menujukan diri kepada Allah s.w.t.

    Cetakan Kelima 2004.
    9971-77-306-9. 1426 m/s.

  2. Kitab Ziarah Ke Alam Barzakh

    PENULIS  : AL-IMAM JALALUDDIN AS-SUYUTI

    Manusia sesungguhnya tertidur; ketika mati, mereka terjaga (an-nas niyam; fa-idza matu, intabahu). Demikian sabda Rasul yang mulia. Ungkapan bernas initampaknya lebih merupakan peringatan serta pengajaran. Rasul yang mulia seperti hendak mengingatkan kita bahawa hidup ini tidak lebih dari sekadar mimpi sesaat. Kita akan benar-benar terjaga justeru setelah kita mati. Saat itu, kita akan sedar bahawa kehidupannya yang sebenar adalah kehidupan setelah . Dalam konteks ini, memahami realiti kehidupan pasca-kematian akan senantiasa relevan dan signifikan bagi setiap muslim. Tujuannya bukanlah semata-mata memahami makna kehidupan pasca-kematian itu, tetapi apa yang lebih penting ialah memaknai hakikat kehidupan di alam fana ini.

    Imam Jalaluddin as-Sayuti cuba mengajak kita menziarahi alam barzakh – sebuah alam penantian yang penuh misteri pasca-kematian yang diyakini akan menentukan nasib setiap manusia dalam menuju terminal akhir kehidupan akhiratnya: syurga atau neraka. Buku di tangan anda ini berbicara tentang seluruh reality yang mungkin ditemui di alam barzakh. Di dalamnya dihuraikan pelbagai hal: masalah kematian, keutamaan dan metodenya, sifat malaikat maut dan bala tenteranya, perkara yang dapat memalingkan manusia menjelang sakaratulmaut, keadaan roh setelah meninggalkan jasad, keadaan di alam kubur, fitnah, seksaan dan sebagainya. Semua itu disajikan dalam pembahasan yang cukup menarik dan sarat dengan muatan sufistik. Oleh itu, buku ini sangat penting di baca sebagai bahan kontemplasi bagi siapa sahaja yang ingin mengharungi kehidupan ini dengan lebih bermakna.

  3. Kuliah Kitab Rahsia Kematian Alam Akhirat & Kiamat

    Pengarang : Imam Al-Qurtubi
    Alih Bahasa : Nabila Abd. Jalil
    Di Semak Oleh : Panel Editor Al-Hidayah
    Muka Surat: 1122

    Keterangan Buku :
    Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. adalah jalan menuju negeri akhirat yang kekal abadi. Dunia ini hanya sementara, oleh itu jangan terpedaya dengan nikmatnya yang fana. Imam Al-Qurtubi dalam kitabnya yang berjudul“RAHSIA KEMATIAN, ALAM AKHIRAT DAN KIAMAT” telah menjelaskan kepada kita tentang hal-ehwal yang berkaitan dengan kematian, bermula dari hakikat kehidupan, hakikat kematian, bagaimanakah keadaan orang yang mati, pengurusan jenazah, adab-adab semasa di tanah perkuburan, azab dan kenikmatan di alam kubur atau alam barzakh, padang mahsyar, al-mizan, as-sirat, syurga, neraka dan seterusnya. Kupasan yang padat dikemukakan oleh Imam al-Qurtubi begitu mendalam diperkuatkan lagi dengan dalil-dalil Al-Quran dan hadis serta pendapat-pendapat ulama muktabar. Segala pencerahan serta panduan yang terkandung dalam kitab ini wajar dihayati oleh setiap umat Islam sebagai persediaan dalam selok-belok pengurusan jenazah serta sebagai persediaan menghadapi kematian. Semoga usaha kecil kami menerbitkan buku yang amat bermakna ini mendapat memberi manfaat buat umat Islam demi meraih keredaan Allah S.W.T. serta mencapai kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat nanti.
     
     
  4. Kuliah Kitab Jangan Bersedih

    Pengarang : Dr.Aidh bin Abdullah Al-Qarni
    Penterjemah : Noraine Abu
    Muka Surat: 611

    Keterangan buku:

    Buku ini merupakan hasil kajian yang sungguh-sungguh oleh penulis, yang cuba menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang timbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, keputusan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lagi.
    Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaian terhadap segala permasalah tersebut, melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk ajaran Nabi, dan panggilan fitrah kemanusiaan, serta melalui berbagai saranan yang kreatif dan etika yang mengkagumkan. Di dalam buku ini juga terdapat berbagai nukilan sejarah para sahabat terbaik dan tabi’in terpilih. Juga ada beberapa potongan bait puisi para penyair terkemuka, nasihat daripada para doktor, pesanan para ahli hikmah dan tuntutan para ulama.
    Di antara lembaran-lembaran halaman buku ini terdapat pula beberapa hasil karya ilmiah dari ilmuan Timur dan Barat, terdahulu dan masa kini. Semuanya dirangkum dari berbagai sumber media maldumat, berupa tulisan yang terdahulu, majalah, makalah dan beberapa media lainnya.
    Buku ini merupakan kumpulan berbagai topik yang disusun rapi dan telah disaring serta diringkaskan. Ringkasnya, buku ini akan mengatakan kepada anda: “Bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan janganlah bersedih.”
    Dr. ‘Aidh bin Abdullah bin ‘Aidh Ali Majdu’ Al-Qarni. Beliau lahir pada tahun 1379 Hijrah di Al-Qarn, selatan Kerajaan Arab Saudi. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Imam Muhammad bin Sa’ud pada tahun 1403-1404 Hijrah. Memperolehi Sarjah (MA) dalam bidang hadith pada tahun 1408 Hijrah dengan risalah yang berjudul Bid’ah dan Pengaruhnya dalam Dirayah (Pengetahuan) dan Riwayah (Periwayatan). Memperolehi gelaran Doktor(Phd) dari Universiti yang sama pada tahun 1422 Hijrah dengan risalah yang berjudul Kajian dan Penelitian Kitab Al-Mufhim Syarah Shahih Muslim Karya tulisan Al-Qurthubi.
    Dia telah merakam hasil karyanya yang bernafaskan Islam dalam bentuk kaset dalam jumlah lebih dari 800 buah kaset tentang topik khutbah, pelajaran, ceramah, karya syair dan sastera. Hafal Al-Qur’an dan Kitab Bulughul Maram dan hafal hadith sebanyak lebih kurang 5000 buah hadith dan lebih dari 10000 bait syair.
    Adapun mengenai karya tulisannya, dia telah menulis berbagai karya tulisan tentang hadith, tafsir, fiqh, sastera, sirah (perjalanan hidup/sejarah) dan biografi para tokoh ulama’.
    Dia ikut serta dalam puluhan kongres dan penemuan. Dia pernah menghadiri Muktamar Pemuda Arab Muslim, Muktamar Al-Kitab was-Sunnah di Amerika Syarikat dan pernah menjadi juru pembicara di dalam pertemuan dewan sastera dan matematika dan menjadi juru pembicara dalam berbagai universiti dan pertemuanpertemuan kebudayaan.

  5. Kuliah Kitab , Allah Menjagamu

    Pengarang : Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
    Penterjemah : H.Sarwedi M.HSB
    Penyunting/Editor : Noraine Abu
    Muka Surat: 475

    Keterangan buku:

    Allah memiliki perintah dan larangan. Ada perintah dan larangan untuk hati, lisan, penglihatan. pendengaran, perut dan anggota tubuh lainnya. Berbagai perintah dan larangan itu semestinya dipelihara oleh seorang hamba dengan melaksanakan perintah-perintah dan menjauhi larangan tersebut. Pendek kata, setiap persendian manusia diperintahkan untuk bertaqwa.
    Apa yang diperintahkan Allah, itulah yang paling dicintaiNya, dan apa yang dilarang Allah itulah yang paling dibenciNya. Bila seorang hamba sentiasa memelihara apa yang dicintaiNya, nescaya Allah menaruh cinta kepadanya. Dan bila Allah telah mencintainya, maka sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadith qudsi:
    Aku menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, menjadi tangannya yang dengannya ia menggenggam menjadi kakinya yang dengannya ia berjalan. (AI-Bukhari)

    DR. ‘AIDH BIN ABDULLAH BIN ‘AIDH ‘ALI MAJDU AL-QARNI. Beliau lahir pada tahun 1379 Hijrah di Al-Qarn, selatan Kerajaan Arab Saudi. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Usuluddin. Universiti Al-Imam Muhammad bin Sa’ud pada tahun 1403-1404 Hijrah. Memperolehi Sarjana (MA) dalam hidang Hadith pada tahun 1408 Hijrah dengan risalah yang berjudul Bid’ah dan Pengaruhnya dalam Dirayah (Pengetahuan) dan Riwayah (Periwayatan). Memperolehi gelaran Doktor(Phd) dari Universiti yang sama pada Hijrah dengan risalah yang berjudul Kajian dan Penelitian Kitab Al-Muthim Syarah Shahih Muslim Karya tulisan Al-Qurthubi.
    Dia telah merakam hasil karyanya yang bernafaskan Islam dalam bentuk kaset dalam jumlah lebih dari 800 buah kaset tentang topik khutbah, pelajaran, ceramah, karya syair dan sastera. Hafal Al-Qur’an dan Kitab Buluhul Maran dan hafal hadith sebanyak lebih kurang 5000 buah hadith dan lebih dari 10000 bait syair.
    Adapun mengenai karya tulisannya, dia telah menulis berbagai karya tulisan tentang hadith, tafsir, fiqh, sastera, sirah (perjalanan hidup/sejarah) dan biografi para tokoh ilama’.
    Dia ikut serta dalam puluhan kongres dan penemuan. la pernah menghadiri Muktamar Pemuda Arab Muslim, Muktamar Al-Kitab was-Sunnah di Amerika Syarikat dan pernah menjadi juru pembicara di dalam perbicara di dalam pertemuan dewan sastra dan matematika dan menjadi juru pembicara dalam berbagai universiti dan pertemuan-pertemuan kebudayaan.


FATEHTEAM NOTA KULIAH

11Oct 2017

DUA DOSA YANG DIANGGAP RINGAN OLEH MANUSIA YANG MENJADI ANTARA SEBAB MENDAPAT SEKSA KUBUR 1. Tidak menjaga diri dari percikan air kencingnya sendiri dan juga tidak membersihkannya dengan baik 2. Mengadu domba dan memburuk-burukkan manusia pada mata orang lain. Dalilnya adalah yang berikut: عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَبْرَيْنِ فَقَالَ […]

09Aug 2017

Perkara seterusnya yang dapat menghindarkan diri dengan azab kubur ialah kesabaran apabila menghadapi kematian anak yang disayangi. Apabila anaknya itu meninggal dunia, Allah mengutuskan malaikat untuk memerhatikan sama ada ibu bapanya mampu bersabar menghadapi ujian itu. Sekiranya mereka dapat bersabar, bertahan dengan kehilangan itu dan kembali kepada Allah, pada waktu itu Allah akan memerintahkan agar […]

05Aug 2017

14 Kelebihan Sedekah “Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261). 14 Kelebihan Sedekah :  Panjang umur Semakin bertambah rezki Jauh […]

03Aug 2017

Pernahkah kita berfikir, berapa orang yang meninggal dunia di negara kita selama satu bulan ? Atau selama satu tahun? Atau bahkan setiap hari di seluruh penjuru bumi ini ? Ketetapan Allah terus berjalan. Ada yang lahir ke dunia dan sebahagian lagi meninggal dunia. Suatu saat nanti, pasti kita akan mendapatkan giliran. Ini sebuah realiti kehidupan […]

03Aug 2017

HORMAT JENAZAH Bila bercakap bab kematian semua takut. Ada yang menjawab Tak bersedia untuk tahu. Hakikatnya kematian itu bila-bila akan datang dalam hidup kita. Pernah tak kita beritahu ahli keluarga kita apa yang perlu di buat saat jenazah kita masih ada di dalam rumah. Apa adab mereka dengan jenazah kita? Siapa yang kita harapkan untuk menziarahi […]

02Aug 2017

Banyak perkara yang menyebabkan mayat itu terseksa. Antaranya: 1) Terkejut dari perkara yang tidak disangkakan 2) Anak-anak tidak mempedulikan si mati . Orang lain yang sibuk menguruskan si mati. 3) Keluarga tengok cerita dalam rumah saat jenazah masih ada lagi di rumah. 4) Keluarga pasang Cd Quran di telinga jenazah 5) Barang-barang yang di sayangi […]

28Jul 2017

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian”. Benar, sesungguhnya kematian adalah haq, pasti terjadi, tidak dapat disangkal lagi. Walau sehebat mana kehidupan dan pangkat kita di dunia, tiada siapa pun yang dapat hidup kekal selama-lamanya. Tetapi bagaimana keadaan kita mati? Adakah mati kita itu dalam keadaan yang indah atau penuh dengan kekeliruan? Bagaimana kehidupan kita […]

21Jul 2017

Petunjuk Itu Ada di Jalan Mereka yang Mencarinya Di antara tanda-tanda kebahagiaan dan keuntungan itu adalah bahawa semakin ilmu hamba itu bertambah,maka akan bertambah pula kerendahan hatinya dan rasa belas kasihnya.Seperti mutiara yang mahal,semakin nilainya bertambah besar,maka semakin dalam tempatnya di dasar laut.Dan orang yang bijaksana akan menyedari bahawa ilmu itu anugerah,yang dengannya Allah mengujinya. […]

18Jul 2017

  Subhanallah, Maha Pemurahnya Allah. Lalu di kubur pun dapat pahala. Bayangkan kalau kita buat kerja sikit dan majikan kita bagi bonus banyak. Mesti seronokkan. Allah lagilah Maha Pemurah untuk HambaNya. Siapa yang lalu di kuburan, lalu dia membaca 21 kali surah al ikhlas dan ditujukan pada si mati, maka pahala yang mereka dapat sebanyak […]